Jenis-jenis gempa bumi

1. Gempa bumi tektonik
Gempa bumi tektonik disebabkan oleh perlepasan tenaga yang terhasil daripada geseran batuan di retakan memanjang sepanjang batuan sempadan plat tektonik. Tenaga dihasilkan oleh tekanan antara batuan dikenali sebagai kecacatan tektonik. Kesan ini adalah seperti gelang getah ditarik dan dilepaskan dengan tiba-tiba.

2. Gempa bumi gunung berapi
Gempa bumi gunung berapi berlaku berhampiran dengan kawasan gunung berapi tetapi mempunyai cara keretakan memanjang yang sama dengan gempa bumi tektonik. Gempa bumi yang disebabkan aktiviti gunung berapi dicetuskan oleh pergerakan magma gunung berapi, di mana geseran magma pada batuan akan menghasilkan gempa bumi.Semasa magma bergerak ke permukaan gunung berapi, ia bergerak dan memecahkan batuan. la mengakibatkan gegaran yang berterusan yang boleh bertahan dari beberapa jam hinggalah beberapa hari. Gempa bumi gunung berapi kerap berlaku di kawasan yang berdekatan dengan gunung berapi, seperti Pergunungan Cascade di barat Laut Pasifik, Jepun, Tanah Iceland, dan titik merah gunung berapi seperti Hawaii.

Di atas peta dunia, label dan namakan kawasan gempa bumi yang utama.



















1. Sekitar lautan Pasifik
Kawasan ini dikenali sebagai Lingkaran Api Fasifik meliputi kawasan-kawasan iaitu dari Chile menuju ke pantai Utara Amerika Selatan, Amerika Tengah, Mexico, Pantai Barat Amerika Syarikat, Selatan Alaska, Pantai Timur Jepun, Kepulauan Filipino, New Guinea, Kepulauan Fasifik ( barat daya ),New Zealand.

2. Permatang tengah lautan
Permatang tengah lautan seperti Permatang tengah Lautan Atlantik, Permatang East Pasifik Rise.

3. Kawasan Hotsports
Kawasan Hotsports terdapat di Hawaii, Valles, Yellowstone dan Lembah Kaldera Long.

4. Jaluran kawasan Mediterranean
Jaluran tersebut meliputi 20 peratus daripada gunung berapi yang masih aktif di dunia.

Jelaskan bagaimana gempa bumi berlaku?

Di lapisan astenosfera (pusat bumi) yang terletak di atas lapisan mantel, terdapat pergerakan arus perolakan. Dalam keadaan biasa, arus perolakan tersebut sentiasa tertolak ke permukaan bumi. Arus perolakan tersebut mempunyai daya yang sangat kuat untuk mengerakkan plat-plat (kerak bumi) yang terapung di atas lautan magma. Plat-plat boleh bergerak dalam tiga cara iaitu pertembungan, pemisahan (pencapahan) dan perselisihan plat. Pembebasan tenaga (arus perolakan) yang berlaku secara tiba-tiba (mengejut) dari pusat bumi menyebabkan berlakunya pergerakan ke atas kerak bumi akan menghasilkan gempa bumi.

PROSES EKSOGENIK

Proses eksogenik merujuk kepada semua proses pembentukan bentuk muka bumi di permukaan bumi yang berkaitan dengan tenaga yang berpunca daripada luaran bumi khususnya tenaga matahari . Proses-proses tersebut ialah :

1. Proses luluhawa
Luluhawa merujuk kepada proses pemecahan, peleraian , pereputan dan penguraian batuan hampir permukaan atau di permukaan bumi . Proses luluhawa ke atas batuan terbahagi kepada luluhawa kimia , fizikal dan biologi. Tenaga matahari menyebabkan berlakunya luluhawa ke atas batuan di permukaan bumi. Peningkatan bahang matahari akan menyebabkan berlakunya peningkatan kadar luluhawa ke atas batuan di sesuatu kawasan.

2. Proses hakisan
Proses hakisan merujuk kepada proses penghausan, dan pengukiran permukaan bumi oleh tindakan air mengalir, ombak dan angin dan glasier . Bahang matahari telah membantu ke atas pembentukan hujan dan pencairan glasier. Air hujan dan glasier akan membentuk Iarian air permukaan di kawasan yang bercerun. Larian air permukaan akan menyebabkan berlakunya hakisan ke atas permukaan cerun tersebut. Kajian proses hakisan bukan sahaja tertumpu di kawasan bercerun malah meliputi alur sungai dan pinggir pantai.

3. Pengangkutan bahan
Proses pengangkutan merujuk kepada pengangkutan bahan-bahan yang telah terluluhawa atau terhakis oleh tindakan agen-agen pengangkutan seperti air mengalir, ombak, angin, dan glasier. Proses tersebut berlaku di kawasan pinggir pantai, dalam alur sungai dan di permukaan cerun.

4. Proses pemendapan bahan
Bahan-bahan yang telah terluluhawa atau telah terhakis akan diangkut sama ada di permukaan cerun, dalam alur sungai dan di pinggir pantai ke kawasan lain dan kemudiannya akan dimendapkan. Pelbagai agen yang membantu proses pemendapan tersebut seperti tindakan air yang mengalir, ombak, glasier dan angin.

5. Pergerakan jisim
Pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit yang berlaku di kawasan cerun akibat tarikan graviti bumi . Pergerakan jisim boleh berlaku dalam bentuk pergerakan cepat dan pergerakan perlahan.

3.Huraikan proses endogenik

Proses endogenik merujuk kepada pembentukan bentuk bumi di permukaan bumi yang berkaitan dengan tindakan tenaga yang berpunca daripada dalaman bumi. Proses-proses tersebut ialah :‑

1. Proses gelinciran
Proses gelinciran merujuk kepada proses kenaikan, kejatuhan dan perselisihan yang berlaku ke atas kerak bumi ( plat tektonik ). Proses gelinciran ke atas kerak bumi telah membentuk pelbagai bentuk bumi di permukaan bumi seperti pembentukan gunung bongkah, lurah gelinciran dan sebagainya.

2. Proses liputan
Proses kedutan yang berlaku ke atas kerak bumi akibat berlakunya pertembungan antara dua atau beberapa plat yang terdapat di permukaan bumi khususnya antara plat benua dengan plat benua- membentuk pelbagai bentuk bumi di permukaan bumi seperti pembentukan sistem gunung lipat, lurah gunung lipat dan sebagainya.

3. Pembentukan gunung berapi
Kegiatan igneus sama ada igneus jalar dalam atau igneus jalar luar yang terhasil akibat pembekuan magma di dalam atau di permukaan bumi. Pelbagai bentuk muka bumi terbentuk hasil dari kegiatan igneus tersebut seperti dataran lava, kaldera, tasik gunung berapi dan sebagainya.

4. Pembentukan batuan
Pembentukan dua jenis batuan iaitu batuan igneus dan metamorfosis biasanya berkait rapat dengan tenaga yang berpunca daripada dalaman bumi. Kegiatan igneus dan kuasa mampatan yang berlaku di dalam kerak bumi telah membentuk batuan tersebut dan seterusnya membentuk kerak bumi.

5. Gempa bumi
Gempa bumi merujuk kepada proses pergerakan plat yang berlaku secara tuba-tuba akibat daripada pembebasan tenaga dalaman bumi.

6. Proses hanyutan benua
Hanyutan benua merujuk kepada pergerakan plat-plat di permukaan bumi yang berlaku secara beransur-ansur dan akhirnya membentuk benua dan lautan pada hari ini.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan ....?

I GEOMORFOLOGI : Satu bidang sains yang mengkaji tentang pembentukkan bentuk bumi dan proses yang berkaitan dengan pembentukan serta perkembangannya.

2 KONFIGURASI BENTUK BUMI : Kepelbagaian bentuk bumi yang wujud di permukaan bumi disebabkan tindakan agen-agen hakisan, pengangkutan dan pemendapan termasuk kegiatan luluhawa.

3 PROSES ENDOGENETIK : Proses berpunca dari dalaman bumi akibat pembebasan seperti tenaga graviti, dan tenaga baba yang bergerak ke permukaan bumi ( bentuk arus perolakan ) lalu menghasilkan pelbagai fenomena gempa -bumi, aktiviti gunung berapi, lipatan, gelinciran ,dan pembentukan batuan metamorfosis

4 GEMPA BUMI : Gempa bumi bermaksud sebagai kejatuhan atau kenaikan kerak bumi ( plat ) akibat pembebasan tenaga atau arus perolakan secara tiba-tiba ( mengejut ) dari dalaman bumi menyebabkan berlakunya pergerakan ke atas kerak bumi.

5 PERGERAKAN JISIM : Pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit yang telah terluluhawa dari atas ke bawah cerun akibat tarikan graviti bumi.

6 TANAH RUNTUH : Pergerakan tanih/ regolit dari atas ke bawah cerun secara sangat cepat atau tiba-tiba akibat tarikan graviti bumi lalu membentuk kun talus di kaki cerun.

7 ALIRAN CEPAT : Pergerakan bahan atau regolit seperti tanih, batuan dan Lumpur dari atas ke bawah cerun secara cepat atau tiba­-tiba akibat tarikan graviti bumi.

8 HAKISAN PERMUKAAN : Proses pengukiran. atau penghausan permukaan cerun serta pengangkutan bahan oleh agen-agen hakisan seperti air mengalir, angin, titisan air hujan, dan glasier dalam tempoh yang lama.

9 HAKISAIN PERCIKAN : Titisan air hujan yang turun akan mengeungkil butiran tanah lalu membentuk lekukan-lekukan pada permukaan cerun..

10 HAKISAN GALIR : Proses hakisan tanih di permukaan cerun dan pengakutan bahan oleh aliran air menerusi alur-alur kecil yang bersifat sementara dan akan hilang dalam tempoh yang singkat.

11 HAKISAN GALUR : Proses hakisan tanih di permukaan cerun dan pengangkutan bahan oleh aliran air menerusi alur-alur yang bersifat kekal lulu membentuk aliran sungai pada masa depan.

12 LEMBANGAN SALIRAN : Lembangan sungai merujuk kepada kawasan tadahan bagi satu sistem sungai di mana terdapatnya satu sungai induk dan cawangan-cawangannya yang dipisahkan oleh legeh-legeh serta mempunyai kawasan luahannya yang tersendiri.

13 PROFIL RENTAS : Profit rentas ialah keratan menegak sesebuah lurah sungai pada bahagiair-bahagian tertentu sama ada bahagian hulu, tengah atau bahagian hilir.

14 PROFIL PANJANG : Profil panjang ialah keratan memanjang sesebuah sungai daripada bahagian hulu hingga ke bahagian hilir.

15 HAKISAN : Proses pengukiran dan penghausan dan pengangkutan bahan sama ada di permukaan cerun ,alur sungai dan pinggir pantai oleh agen-agen hakisan seperti air mengalir dan glasier dalam tempoh yang lama.

16 HAKISAN ALUR SUNGAI : Proses pengukiran dan penghausan alur sungai sama pada bahagian tebing atau dasar sungai serta Pengangkutan bahan oleh agen-agen hakisan dalam alur sungai seperti air mengalir, dan glasier dalam tempoh yang lama.

17 EMENDAPAN ALUR SUNGAI : Proses enapan atau penimbunan bahan-bahan yang dalam tempoh yang lama di bahagian tebing , dasar atau muara sungai oleh tindakan aliran air sungai itu sendiri akibat daripada hilangnya tenaga pengangkutan aliran air sungai tersebut.

18 LUAHAN SUNGAI : Luahan sungai merujuk kepada isi padu air sungai yang mengalir melalui titik di aliran sungai pada suatu masa yang tertentu yang diukur dalam unit meter padu persaat (m³/saat ).

19 DELTA : Satu dataran yang rata dan luas yang terbentuk di bahagian muara sungai akibat pemendapan bahan dalam jangka masa panjang oleh tindakan air sungai yang telah hilang tenaganya .

20. PANTAI : Jaluran pertemuan antara daratan dengan lautan yang merangkumi kawasan yang paling mempengaruhi daratan dan lautan) antara satu sama lain.

21. HAKISAN PINGGIR PANTAI : Proses penghausan, pengukiran dan pemindahan bahan dari pinggir pantai ke laut atau selari dengan pantai di kawasan pinggir pantai oleh tindakan agen-agen hakisan pinggir pantai.

22. PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI : Proses pemendapan merujuk kepada bahan-bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan pinggir pantai telah dimendapkan di pantai atau berhampiran pantai oleh agen-agen pemendapan pinggir laut dalam tempoh yang lama.

23. PANTAI : Timbunan bahan mendap peroi ( pasir, kelodak,tanah liat dan fosil kerangan ) yang terletak antara tikas air pasang dengan tikas air surut termasuk pantai hadapan dan pantai belakang ( kawasan yang masih menerima pengaruh ).

24. PERUBAHAN ARAS LAUT : Kejatuhan atau kenaikan aras laut yang diukur secara perbandingan dengan daratan sama ada dalam skala kecil (tempatan ) atau skala besar ( dunia )..

1. Apakah yang dimaksudkan dengan geomorfologi?

Perkataan geomorfologi berasal dari bahasa Yunani. Geo bermaksud bumi, Morphe bermaksud bentuk dan Logos bermaksud kajian. Oleh itu jika disambungkan, Geomorfologi bererti "Kajian bentuk Bumi'. Menurut Hjulstrom (1935), "Geomorfologi ialah satu bidang sains bumi yang mengkaji interaksi antara proses, faktor dan bentuk di permukaan bumi secara saintifik".