Huraikan kaedah mengatasi pergerakan jisim di kawasan cerun
1. Langkah perundangan
Kuatkuasakan undang-undang dan peraturan seperti Akta Pemeliharaan Tanah dan Akta Paris dan Bangunan. Denda dan hukuman yang setimpal dikenakan kepada individu atau syarikat yang membina bangunan, menebang tumbuhan asal dan membina perumahan di kawasan cerun.
2. Langkah bukan perundangan
a. Menanam tumbuhan tutup bumi
Menanam tumbuhan seperti rumput dan tumbuhan jenis kekacang-akar tumbuhan tersebut berperanan untuk memegang dan mencengkam tanah di cerun sekaligus mengurangkan berlakunya pergerakan jisim.
b. Peneresan
Peneresan akan menstabilkan cerun dan dapat mengawal aliran air.- tidak mudah runtuh sekiranya berlaku gegaran.
c. Pembinaan tembok
Tembok dibina di kawasan kaki cerun bertujuan menahan pergerakan tanah. Tembok tersebut dibina daripada bahan yang kukuh seperti simen yang telah dikonkrit.
d. Penyimenan permukaan
Keselaruhan permukaan cerun disimen - dibuat lubang-lubang bagi mengawal aliran air dalam tanah. Permukaan cerun yang disimen lebih stabil kerana sifat simen yang kukuh dapat menahan cerun tersebut daripada runtuh. Penyimenan permukaan cerun juga dapat mengurangkan susupan air ke dalam tanah yang bertindak sebagai pelincir dan pemberat.
e. Pendidikan
Pendidikan formal di sekolah seperti pendidikan Alam Sekitar, Geografi, dan Pendidikan Moral. Pendidikan tidak formal seperti melalui lawatan, ceramah dan sebagainya.
- Pendidikan dapat membantu orang ramai terhadap kepentingan kawasan cerun.
f. Kempen kesedaran
Kempen yang dijalankan oleh pihak tertentu sama ada melalui media massa, maklumat melalui risalah dan sebagainya. Kempen dapat menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pengurusan kawasan cerun dengan berkesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan