KAEDAH MENGATASI PERGERAKAN JISIM

Huraikan kaedah mengatasi pergerakan jisim di kawasan cerun

1. Langkah perundangan

Kuatkuasakan undang-undang dan peraturan seperti Akta Pemeliharaan Tanah dan Akta Paris dan Bangunan. Denda dan hukuman yang setimpal dikenakan kepada individu atau syarikat yang membina bangunan, menebang tumbuhan asal dan membina perumahan di kawasan cerun.

2. Langkah bukan perundangan

a. Menanam tumbuhan tutup bumi

Menanam tumbuhan seperti rumput dan tumbuhan jenis kekacang-akar tumbuhan tersebut berperanan untuk memegang dan mencengkam tanah di cerun sekaligus mengurangkan berlakunya pergerakan jisim.

b. Peneresan

Peneresan akan menstabilkan cerun dan dapat mengawal aliran air.- tidak mudah runtuh sekiranya berlaku gegaran.

c. Pembinaan tembok

Tembok dibina di kawasan kaki cerun bertujuan menahan pergerakan tanah. Tembok tersebut dibina daripada bahan yang kukuh seperti simen yang telah dikonkrit.

d. Penyimenan permukaan

Keselaruhan permukaan cerun disimen - dibuat lubang-lubang bagi mengawal aliran air dalam tanah. Permukaan cerun yang disimen lebih stabil kerana sifat simen yang kukuh dapat menahan cerun tersebut daripada runtuh. Penyimenan permukaan cerun juga dapat mengurangkan susupan air ke dalam tanah yang bertindak sebagai pelincir dan pemberat.

e. Pendidikan

Pendidikan formal di sekolah seperti pendidikan Alam Sekitar, Geografi, dan Pendidikan Moral. Pendidikan tidak formal seperti melalui lawatan, ceramah dan sebagainya.

- Pendidikan dapat membantu orang ramai terhadap kepentingan kawasan cerun.

f. Kempen kesedaran

Kempen yang dijalankan oleh pihak tertentu sama ada melalui media massa, maklumat melalui risalah dan sebagainya. Kempen dapat menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pengurusan kawasan cerun dengan berkesan.

KESAN PERGERAKAN JISIM

Huraikan kesan pergerakan jisim terhadap aktiviti manusia

  • Kesan kepada aktiviti pertanian- kemusnahan kawasan pertanian dilereng bukit, bawah cerun dan sebagainya- kawasan pertanian di bawah cerun ditimbusi tanah/ lumpur.
  • Kesan kepada aktiviti industri/PKS - kawasan industri/ PKS di bawah cerun ditimbusi tanah/ lumpur — merosakkan premis industri.
  • Kesan kepada aktiviti perlombongan / kuari - kawasan perlombongan kuari di cerun terganggu akibat pergerakan jisim.
  • Kesan kepada aktiviti perhubungan /pengangkutan – jalan raya, kereta api ditimbusi oleh tanah/ lumpur- mengganggu aktiviti pengangkutan dan perhubungan.
  • Kesan kepada aktiviti pelancongan – kawasan pelancongan tanah tinggi akan terjejas – kerosakan jalan raya, kawasan perlancongan di kawasan tanah tinggi.
  • Kesan kepada aktiviti perniagaan- premis perniagaan di bawah cerun ditimbusi tanah/ lumpur – merosakkan premis perniagaan.

KESAN PERGERAKAN JISIM

Huraikan kesan pergerakan jisim terhadap manusia / alam sekitar manusia

  • Kehilangan nyawa / kematian — pergerakan jisim/ tanah runtuh akan menimbusi kawasan petempatan penduduk- berlakanya kematian.
  • Kemusnahan harta bendaa —timbunan tanah/ aliran lumpur — merosakan kenderaan rumah kediaman dan harta benda penduduk.
  • Kesan psikologi- penduduk yang pernah mengalami fenomena tanah runtuh berada dalam keadaan ketakutan / fobia.
  • Kesan kepada aktiviti ekonomi — runtuhan tanah, aliran lumpur menimbusi musnahkan kawasan pertanian, perniagaan, industri dan sebagainya­mendatangkan kesan kepada aktiviti ekonomi penduduk.
  • Kesan kepada infrastruktur- kemusnahan jalan raya, bekalan air, elektrik.

KESAN PERGERAKAN JISIM

Huraikan kesan pergerakan jisim terhadap manusia / alam sekitar manusia

  • Kehilangan nyawa / kematian — pergerakan jisim/ tanah runtuh akan menimbusi kawasan petempatan penduduk- berlakanya kematian.
  • Kemusnahan harta bendaa —timbunan tanah/ aliran lumpur — merosakan kenderaan rumah kediaman dan harta benda penduduk.
  • Kesan psikologi- penduduk yang pernah mengalami fenomena tanah runtuh berada dalam keadaan ketakutan / fobia.
  • Kesan kepada aktiviti ekonomi — runtuhan tanah, aliran lumpur menimbusi musnahkan kawasan pertanian, perniagaan, industri dan sebagainya­mendatangkan kesan kepada aktiviti ekonomi penduduk.
  • Kesan kepada infrastruktur- kemusnahan jalan raya, bekalan air, elektrik.

Jelaskan faktor yang mempengaruhi proses pergerakan jisim di kawasan cerun

Faktor semula jadi

1. Kurang litupan tumbuhan

Tumbuhan semula jadi memainkan peranan penting dalam mengurangkan berlakunya pergerakan jisim di kawasan cerun. Akar tumbuhan berfungsi untuk memegang dan mencengkam tanah di cerun. Ketiadaan tumbuhan menyebabkan tanah di cerun hilang daya pegangan lalu menjadi tidak stabil dan mudah runtuh.

2. Hujan yang lebat

Hujan tahunan yang lebat ( meIebihi 2000 mm setahun ), terutama di kawasan tropika lembap menggalakkan berlakunya pergerakan jisim. Air hujan yang menyerap, ke dalan tanah akan menjadi agen pelincir dan pemberat- memudahkan pergerakan tanah kerana fungsinya sebagai pelincir manakala tanah yang basah menjadi lebih berat dan mudah bergerak berbanding tanah yang kering dan ringan. Air hujan apabila bercampur dengai tanah akan menghasilkan aliran lumpur.

3. Pencairan salji

Di kawasan sederhana dunia, apabila salji mencair tanah di bahagian atas akan bergerak ke bawah cerun dalam bentuk gelangsar kerana salji bertindak sebagai pelincin bagi memudahkan pergerakan tanah tersebut.

4. Jenis bahan

Pergerakan jisim berlaku di kawasan cerun yang bahannya lebih longgar. Kegiatan luluhawa yang aktif di kawasan cerun menyebabkan bahan-bahan yang terdapat di cerun tersebut longgar dan mudah jatuh akibat tarikan graviti bumi.

5. Kegiatan luluhawa

Di kawasan tropika lembap luluhawa dalaman berlaku dengan giat dan jauh ke dalam bumi (melebihi 30 meter). Luluhawa menghasilkan lapisan regolit yang tebal dan longgardi kawasan cerun. Ragolit tebal dan longgar ini mudah untuk bergerak akibat tarikan graviti.

6. Letupan gunung berapi dan gempa bumi

Letusan gunung berapi dan gempa bumi berupaya untuk menghasilkan gegaran yang kuat ke atas tanih di kawasan cerun. Gegaran tersebut menjadikan tanah di kawasan cerun longgar, tidak stabil dan seterusnya mudah untuk runtuh akibat tarikan graviti:

Faktor aktiviti manusia

1. Penebangan / penyahutanan di cerun

Akar tumbuhan berfungsi untuk memegang dan mencengkam tanah di cerun. Ketiadaan tumbuhan menyebabkan tanah di cerun hilang daya pegangan lalu menjadi tidak stabil dan mudah runtuh.

2. Pertanian

Pertanian tanpa teres akan mengurangkan kestabilan cerun. Pertanian juga melibatkan ikliviti penebangan tumbuhan asal , pembajakan dan penggalian. Aktiviti tersebut menjadikan struktur tanah di kawasan cerun menjadi longgar dan mudah untuk runtuh.

3. Perlombongan/ kuari

Aktiviti perlombongan kuari melibatkan penggunaan bahan letupan dan kerja-kerja pengorekan tanah- menyebabkan struktur tanah kawasan cerun menjadi longgar. Gegaran akibat penggunaan bahan letupan menyebabkan tanah di cerun mudah runtuh akibat tarikan graviti.

4. Pembinaan

Pembinaan bangunan-bangunan di cerun seperti pembinaan hotel, rumah kediaman dan sebagainya akan melibatkan keja-kerja penggorekan, pengemburan tanah dan penebangan tumbuhan asal di kawasan tersebut. Permukaan bumi akan terdedah kepada aktiviti luluhawa yang menyebabkan tanah di kawasan tersebut menjadi peroi, longgar dan tidak stabil. Tanah yang peroi, longgar akan mempercepatkan berlakunya pergerakan jisim.

5. Penternakan

Aktiviti penternakan di cerun akan menyebabkan berlakunya ragutan berlebihan di kawasan cerun. Kesannya permukaan cerun akan terdedah kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan dan luluhawa. Rumput dapat memegang dan mencengkam tanah melalui peranan akarnya. Ketiadaan rumput struktur tanah di cerun menjadi longgar , tidak stabil dan mudah untuk jatuh akibat tarikan graviti bumi.

6. Pembinaan jalan raya / lebuh raya

Pembinaan jalan raya / lebuh raya telah melibatkan kerja-kerja pemotongan cerun atau susuh bukit- menyebabkan kecerunan cerun bertambah. Cerun yang curam biasanya tidak stabil dan mudah runtuh. Pembinaan jalan raya atau lebuh raya juga turut melibatkan aktiviti penebangan tumbuhan asal kawasan tersebut. Penebangan tumbuhan asal menyebabkan permukaan bumi terdedah kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan dan Iuluhawa. Akar tumbuhan berperanan memegang dan mencengkam tanah daripada runtuh. Akibatnya struktur tanah di cerun menjadi longgar, tidak stabil dan mudah untuk jatuh akibat tarikan graviti bumi.

Pergerakan Jisim

Nyatakan empat jenis pergerakan jisim cepat

1. Runtuhan / tanah runtuh

Pergerakan tanih atau batuan yang berlaku di kawasan cerun yang sangat curam seperti di kawasan tebing tinggi- secara cepat atau tiba-tiba seperti runtuhan tanah dan runtuhan batuan- membentuk kun talus di kaki cerun.

2. Aliran tanah

Pergerakan tanah yang longgar akibat tindakan luluhawa yang giat dari atas ke bawah cerun akibat tarikan graviti bumi. Aliran tanah kerap berlaku semasa hujan yang lebat disebabkan oleh peranan air hujan sebagai pelincir dan pemberat.

3. Aliran lumpur

Aliran lumpur merupakan pergerakan tanih atau lumpur yang sangat lembap secara tiba tiba daripada atas cerun ke bawah cerun yang biasanya berlaku di kawasan yang menerima hujan yang lebat seperti di kawasan tropika lembap. Walau bagaimanapun di kawasan gurus panas, hujan lebat yang turun sekali sekala berupaya untuk menghasilkan aliran lumpur yang bergerak turun dari rerun melalui lurah-lurah sementara yang terbentuk. Aliran lumpur ini kemudiannya membentuk kipas lanar di kaki cerun.

4. Gelangsaran

Pergerakan tanih dan batu tongkol yang berlaku di kawasan beriklim sejuk akibat proses pencairan salji. Salji bertindak sebagai bahan pelincir bagi memudahkan pergerakan lempung ( tanah yang lembap) di atasnya. Pergerakan lempung yang dikenali sebaga gelangsar ini dari pelbagai arah tanpa mengikut lurah tertentu.

Huraikan kesan gempa bumi terhadap alam sekitar fizikal dan manusia

Kesan kepada alam sekitar fizikal

1. Kerjadian tsunami
Akibat gempa bumi yang terjadi di dasar laut berupaya untuk mewujudkan pergerakan ombak kuat. Pergerakan ombak akan menjadi semakin tinggi apabila memasuki kawasan yang cetek. Tolakan ombak secara berterusan di bahagian belakang di perairan cetek akan meninggikan ombak yang berada di hadapan. Kenaikan ketinggian ombak secara tiba-tiba akan menyebabkan air laut berhampiran pinggir pantai akan mengundur ke laut untuk tempoh beberapa minit sebelum ianya melanda semula pantai dalam bentuk ombak pembinasa. Contohnya gempa bumi yang berlaku di Laut Andaman, pada 26 Disember 2004, telah menghasilkan kejadian ombak luar biasa atau Tsunami setinggi 30 meter. Ombak tsunami ini telah meragut ribuan nyawa dan menusnahkan banyak kampung di sepanjang pantai Sumatra,Thailand, Bangladesh, Malaysia dan India.

2. Pergerakan jisim
Gempa bumi telah menghasilkan gegaran yang kuat terhadap kerak bumi- menyebabkan ketidakstabilan tanah terutamanya di kawasan cerun dan seterusnya menyebabkan berlakunya gerakan jisim seperti tanah runtuh.

3. Kenaikan dan kejatuhan aras laut
Gempa bumi boleh menyebabkan berlakunya gelinciran pada kerak bumi. Sekiranya gempa bumi tersebut menyebabkan berlakunya pengangkatan daratan berhampiran pinggir laut maka aras laut akan jatuh. Tetapi sebaliknya gempa bumi tersebut menyebabkan kejatuhan daratan maka aras laut akan meningkat.

4. Memusnahkan hutan pinggir pantai
Tsunami yang terhasil akibat gempa bumi di dasar laut akan menyebabkan air masuk ke dalam hutan- hutan pinggir pantai. Kesannya hutan-hutan pinggir pantai akan dicemari dengan air masin. Keadaan ini boleh menyebabkan kemusnahan hutan tersebut.

5. Memusnahkan ekosistem laut
Ombak yang kuat hasil kejadian tsunami boleh memusnahkan karang di laut. Kemusnahan karang menyebabkan kawasan pembiakan hidupan laut musnah.

Kesan kepada manusia
1 Kemusnahan harta benda
Gegaran akibat kejadian gempa bumi berupaya untuk meruntuhkan bangunan, memusnahkan kenderaan dan harta benda manusia. Kejadian tsunami akibat gempa bumi akan menenggelamkan kawasan petempatan penduduk dan sekaligus memusnalikan harta benda penduduk.

2. Kehilangan nyawa
Runtuhan bangunan dan tanah runtuh akibat gegaran gempa bumi akan menyebabkan kehilangan nyawa. Tsunami yang melanda pantai di samping memusnahkan tempat kediaman manusia, ianya turut meragut nyawa manusia.

3. Trauma/ fobia
Manusia yang pernah mengalami kesan akibat gempa bumi dan tsunami biasanya menghadapi kesan psikologi yang hebat. Kebanyakan daripada mereka takut melihat laut dan menjalankan aktiviti berkaitan dengan laut.
Kesan kepada aktiviti manusia

1. Kesan kepada sistem pengangkutan
Gegaran akibat gempa burni menyebabkan berlakunya kerosakan kepada jalan raya, jalan kereta api, dan lapangan terbang. Kesan daripada kerosakan tersebut menyebabkan sistem pengangkutan darat dan udara tergendala.

2. Kesan kepada aktiviti pertanian
Gegaran akibat gempa burni menyebabkan berlakunya tanah runtuh di kawasan cerun. Tanah runtuh menyebabkan kegiatan pertanian di kawasan cerun terganggu dan musnah. Kejadian tsunami akibat gempa bumi dasar laut menyebabkan air laut masuk ke kawasan pertanian berhampiran pinggir pantai. Apabila air masin memasuki kawasan pertanian, tanaman yang ditanam akan mati dan musnah.

3. Kesan kepada aktiviti perikanan
Gempa bumi yang berlaku di dasar laut akan membentuk gelombang besar ( tsunami) yang berbahaya kepada kergiatan perikanan pinggir pantai. Tsunami turut memusnahkan karang di laut. Kemusnahan karang menyebabkan kawasan pembiakan ikan dan hidupan laut terganggu. Kesannya dalam jangka masa panjang hidupan laut berkurangan.

4. Kesan kepada sistem bekalan air dan elektrik dan perhubungan Gegaran yang terhasil akibat gempa bumi akan menyebabkan tiang elektrik dan telefon tumbang. Gegaran jugs menyebabkan saluran paip air pecah kesannya kemudahan asas tersebut akan terganggu dalam tempoh yang tertentu.

5. Kesan kepada kegiatan pelancongan
Gempa bumi boleh merosakan kawasan-kawasan pelancongan, kemudahan pengangkutan dan perhubungan- boleh menjejaskan aktiviti pelancongan.

6. Kesan kepada kegiatan perlombongan
Gempa bumi boleh memusnahkan kawasan-kawasan perlombongan, pelantar-pelantar minyak di kawasan laut – menjejaskan aktiviti perlombongan.