Pergerakan Jisim

Nyatakan empat jenis pergerakan jisim cepat

1. Runtuhan / tanah runtuh

Pergerakan tanih atau batuan yang berlaku di kawasan cerun yang sangat curam seperti di kawasan tebing tinggi- secara cepat atau tiba-tiba seperti runtuhan tanah dan runtuhan batuan- membentuk kun talus di kaki cerun.

2. Aliran tanah

Pergerakan tanah yang longgar akibat tindakan luluhawa yang giat dari atas ke bawah cerun akibat tarikan graviti bumi. Aliran tanah kerap berlaku semasa hujan yang lebat disebabkan oleh peranan air hujan sebagai pelincir dan pemberat.

3. Aliran lumpur

Aliran lumpur merupakan pergerakan tanih atau lumpur yang sangat lembap secara tiba tiba daripada atas cerun ke bawah cerun yang biasanya berlaku di kawasan yang menerima hujan yang lebat seperti di kawasan tropika lembap. Walau bagaimanapun di kawasan gurus panas, hujan lebat yang turun sekali sekala berupaya untuk menghasilkan aliran lumpur yang bergerak turun dari rerun melalui lurah-lurah sementara yang terbentuk. Aliran lumpur ini kemudiannya membentuk kipas lanar di kaki cerun.

4. Gelangsaran

Pergerakan tanih dan batu tongkol yang berlaku di kawasan beriklim sejuk akibat proses pencairan salji. Salji bertindak sebagai bahan pelincir bagi memudahkan pergerakan lempung ( tanah yang lembap) di atasnya. Pergerakan lempung yang dikenali sebaga gelangsar ini dari pelbagai arah tanpa mengikut lurah tertentu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan