3.Huraikan proses endogenik

Proses endogenik merujuk kepada pembentukan bentuk bumi di permukaan bumi yang berkaitan dengan tindakan tenaga yang berpunca daripada dalaman bumi. Proses-proses tersebut ialah :‑

1. Proses gelinciran
Proses gelinciran merujuk kepada proses kenaikan, kejatuhan dan perselisihan yang berlaku ke atas kerak bumi ( plat tektonik ). Proses gelinciran ke atas kerak bumi telah membentuk pelbagai bentuk bumi di permukaan bumi seperti pembentukan gunung bongkah, lurah gelinciran dan sebagainya.

2. Proses liputan
Proses kedutan yang berlaku ke atas kerak bumi akibat berlakunya pertembungan antara dua atau beberapa plat yang terdapat di permukaan bumi khususnya antara plat benua dengan plat benua- membentuk pelbagai bentuk bumi di permukaan bumi seperti pembentukan sistem gunung lipat, lurah gunung lipat dan sebagainya.

3. Pembentukan gunung berapi
Kegiatan igneus sama ada igneus jalar dalam atau igneus jalar luar yang terhasil akibat pembekuan magma di dalam atau di permukaan bumi. Pelbagai bentuk muka bumi terbentuk hasil dari kegiatan igneus tersebut seperti dataran lava, kaldera, tasik gunung berapi dan sebagainya.

4. Pembentukan batuan
Pembentukan dua jenis batuan iaitu batuan igneus dan metamorfosis biasanya berkait rapat dengan tenaga yang berpunca daripada dalaman bumi. Kegiatan igneus dan kuasa mampatan yang berlaku di dalam kerak bumi telah membentuk batuan tersebut dan seterusnya membentuk kerak bumi.

5. Gempa bumi
Gempa bumi merujuk kepada proses pergerakan plat yang berlaku secara tuba-tuba akibat daripada pembebasan tenaga dalaman bumi.

6. Proses hanyutan benua
Hanyutan benua merujuk kepada pergerakan plat-plat di permukaan bumi yang berlaku secara beransur-ansur dan akhirnya membentuk benua dan lautan pada hari ini.

1 ulasan: