Jelaskan faktor yang mempengaruhi proses pergerakan jisim di kawasan cerun

Faktor semula jadi

1. Kurang litupan tumbuhan

Tumbuhan semula jadi memainkan peranan penting dalam mengurangkan berlakunya pergerakan jisim di kawasan cerun. Akar tumbuhan berfungsi untuk memegang dan mencengkam tanah di cerun. Ketiadaan tumbuhan menyebabkan tanah di cerun hilang daya pegangan lalu menjadi tidak stabil dan mudah runtuh.

2. Hujan yang lebat

Hujan tahunan yang lebat ( meIebihi 2000 mm setahun ), terutama di kawasan tropika lembap menggalakkan berlakunya pergerakan jisim. Air hujan yang menyerap, ke dalan tanah akan menjadi agen pelincir dan pemberat- memudahkan pergerakan tanah kerana fungsinya sebagai pelincir manakala tanah yang basah menjadi lebih berat dan mudah bergerak berbanding tanah yang kering dan ringan. Air hujan apabila bercampur dengai tanah akan menghasilkan aliran lumpur.

3. Pencairan salji

Di kawasan sederhana dunia, apabila salji mencair tanah di bahagian atas akan bergerak ke bawah cerun dalam bentuk gelangsar kerana salji bertindak sebagai pelincin bagi memudahkan pergerakan tanah tersebut.

4. Jenis bahan

Pergerakan jisim berlaku di kawasan cerun yang bahannya lebih longgar. Kegiatan luluhawa yang aktif di kawasan cerun menyebabkan bahan-bahan yang terdapat di cerun tersebut longgar dan mudah jatuh akibat tarikan graviti bumi.

5. Kegiatan luluhawa

Di kawasan tropika lembap luluhawa dalaman berlaku dengan giat dan jauh ke dalam bumi (melebihi 30 meter). Luluhawa menghasilkan lapisan regolit yang tebal dan longgardi kawasan cerun. Ragolit tebal dan longgar ini mudah untuk bergerak akibat tarikan graviti.

6. Letupan gunung berapi dan gempa bumi

Letusan gunung berapi dan gempa bumi berupaya untuk menghasilkan gegaran yang kuat ke atas tanih di kawasan cerun. Gegaran tersebut menjadikan tanah di kawasan cerun longgar, tidak stabil dan seterusnya mudah untuk runtuh akibat tarikan graviti:

Faktor aktiviti manusia

1. Penebangan / penyahutanan di cerun

Akar tumbuhan berfungsi untuk memegang dan mencengkam tanah di cerun. Ketiadaan tumbuhan menyebabkan tanah di cerun hilang daya pegangan lalu menjadi tidak stabil dan mudah runtuh.

2. Pertanian

Pertanian tanpa teres akan mengurangkan kestabilan cerun. Pertanian juga melibatkan ikliviti penebangan tumbuhan asal , pembajakan dan penggalian. Aktiviti tersebut menjadikan struktur tanah di kawasan cerun menjadi longgar dan mudah untuk runtuh.

3. Perlombongan/ kuari

Aktiviti perlombongan kuari melibatkan penggunaan bahan letupan dan kerja-kerja pengorekan tanah- menyebabkan struktur tanah kawasan cerun menjadi longgar. Gegaran akibat penggunaan bahan letupan menyebabkan tanah di cerun mudah runtuh akibat tarikan graviti.

4. Pembinaan

Pembinaan bangunan-bangunan di cerun seperti pembinaan hotel, rumah kediaman dan sebagainya akan melibatkan keja-kerja penggorekan, pengemburan tanah dan penebangan tumbuhan asal di kawasan tersebut. Permukaan bumi akan terdedah kepada aktiviti luluhawa yang menyebabkan tanah di kawasan tersebut menjadi peroi, longgar dan tidak stabil. Tanah yang peroi, longgar akan mempercepatkan berlakunya pergerakan jisim.

5. Penternakan

Aktiviti penternakan di cerun akan menyebabkan berlakunya ragutan berlebihan di kawasan cerun. Kesannya permukaan cerun akan terdedah kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan dan luluhawa. Rumput dapat memegang dan mencengkam tanah melalui peranan akarnya. Ketiadaan rumput struktur tanah di cerun menjadi longgar , tidak stabil dan mudah untuk jatuh akibat tarikan graviti bumi.

6. Pembinaan jalan raya / lebuh raya

Pembinaan jalan raya / lebuh raya telah melibatkan kerja-kerja pemotongan cerun atau susuh bukit- menyebabkan kecerunan cerun bertambah. Cerun yang curam biasanya tidak stabil dan mudah runtuh. Pembinaan jalan raya atau lebuh raya juga turut melibatkan aktiviti penebangan tumbuhan asal kawasan tersebut. Penebangan tumbuhan asal menyebabkan permukaan bumi terdedah kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan dan Iuluhawa. Akar tumbuhan berperanan memegang dan mencengkam tanah daripada runtuh. Akibatnya struktur tanah di cerun menjadi longgar, tidak stabil dan mudah untuk jatuh akibat tarikan graviti bumi.

6 ulasan: